Monday, March 28, 2016


Gigi (tulisan Jawi : ݢيݢي) merupakan struktur putih kecil yang terdapat di dalam mulut manusia dan juga haiwan vertebrat. Gigi digunakan untuk mengoyak, mengikis, memotong dan mengunyah makanan. Sesetengah haiwan, terutamanya karnivor, juga menggunakan gigi untuk memburu atau mempertahankan diri. Akar gigi diselaputi oleh gusi.
1-Penjagaan gigi
Memflos gigi sebelum memberus
Berus gigi dua kali sehari
Gunakan berus gigi yang betul
Dapatkan pemeriksaan gigi dua kali setahun
Kunjungi doktor gigi anda sebelum mengandung
2-Berhenti merokok
Kurangkan minuman bergas, kopi dan alkohol
Tingkatkan pengambilan kalsium
Amalkan pengambilan vitamin C dan D
Tidur sekurang-kurangnya lapan jam setiap malam
3-Masalah berkaitan gigi
Plak dan kalkulus
Plak merupakan lapisan nipis dan melekit mengandungi bakteria yang sentiasa terbentuk di dalam mulut. Ia lembut dan mudah dihilangkan dengan memberus gigi atau flos. Selepas makan, sisa makanan akan ditukarkan menjadi plak melalui tindakan penguraian bakteria. Jika dibiarkan, plak ini akan menebal dan bakteria akan membiak. Jika ia tidak dibersihkan dalam masa 24 jam, plak ini akan mula mengeras disebabkan enapan garam kalsium dari air liur dan membentuk kalkulus, ataupun tartar. Struktur enapan yang keras dan melekat kuat ini hanya dapat disingkirkan melalui pembersihan gigi oleh doktor iaitu "pengikisan".
4-Penyakit periodontal
Penyebab utama bagi penyakit periodontal ialah pengumpulan plak bakteria. Apabila plak terbentuk di sepanjang permukaan gusi, ia akan menyebabkan gusi membengkak dan mudah berdarah. Ini dikenali sebagai gingivitis. Jika plak ini tidak disingkirkan, toksin akan menyebabkan gusi lekang dari gigi dan membentuk lekuk di antara gigi dan gusi. Jangkitan di bahagian ini akan memusnahkan gentian yang memegang gigi di tempatnya. Tulang penyokong gigi juga akan rosak. Keadaan ini dikenali sebagai periodontitis.
5-Karies gigi[sunting |
Karies gigi merupakan penyakit disebabkan mikrob yang memusnahkan gigi. Ia menjejaskan tisu-tisu gigi yang keras (enamel). Sesetengah bakteria plak akan menghasilkan asid dari karbohidrat; asid ini akan melarutkan enamel gigi dan membentuk lesi karies yang akhirnya memusnahkan gigi jika tidak dirawat.


No comments:

Post a Comment