Friday, April 1, 2016




Traumatic tooth
Warna gigi lain dari gigi bersebelahan? Anda ada masalah ini? Kenapa ianya terjadi ya?
Discolored tooth / perubahan pada warna gigi setempat boleh disebabkan sejarah trauma ke atas gigi tersebut. Kesan jatuh, hentakan atau daya tinggi yg terkena pada gigi tersebut boleh mnyebabkan sarafnya mati, walaupun gigi tidak patah/serpih.
Perkara ini lantas menjurus kepada kecenderungan untuk gigi itu mati atau / terputus bekalan nutrien akibat daripada hentakan kuat ke atasnya. Maka, lama kelamaan ianya berubah warna menjadi gelap dibandingkan dengan gigi2 sekitarnya.
Apa perlu dilakukan??
Gigi yang telah mati perlu dirawat akarnya (Root canal treatment) agar gigi dapat dipelihara selama yang mungkin. Akibat tidak berbuat demikian boleh menyebabkan gigi yg trauma itu dijangkiti kuman dan bengkak serta sakit berdenyut.
Rawatan akar disusuli dengan "crown" bagi menguatkan struktur gigi yang telah mati tersebut. Selain itu, bleaching tanpa crown juga boleh mngembalikan warna asal gigi tersebut. Maka, secara teorinya gigi yg telah dirawat itu tidak merasa sensasi sakit, panas atau sejuk akan tetapi dapat berfungsi utk mengunyah dah sebagainya. Kesan dari itu, cabutan dapat dielakkan dan gigi semulajadi dapat dikekalkan.
Hubungi atau lawati kami utk maklumat lanjut. Kami sedia membantu ðŸ˜ŠðŸ˜Š
 03 3884 4835
Fb PURE Dental Clinic
NO 22A JALAN RODAT 2/KU5, BANDAR BUKIT RAJA, 41050 KLANG, SELANGOR
This is where new smiles begin ðŸ˜†

No comments:

Post a Comment